20 June 2012

Nature's Care Day

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Program Nature's Care Day telah pun berlalu, dan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti yang dirancang, semua aktiviti berjalan dengan baik, walaupun ada sedikit kelewatan masa, tapi itu tidaklah begitu ketara. Bagi saya, biro program Atif Kembo telah melaksanakan tugasnya dengan baik.


Para peserta memberikan kerjasama yang baik bersama para AJK yang terlibat. Tiada sebarang masalah komunikasi berlaku walaupun ada seorang peserta foreigner menyertai program ini. Kami terpaksa menerangkan semuanya dalam bahasa inggeris, dan hendak bertutur dengan lancar, jauh sekali. Asalkan ada bunyi orang putih pun jadilah. Kembo juga mangsanya. Mujurlah ada seorang sahaja, kalau sepuluh mahu terbelit juga lidah ni. Silap hari bulan, bahasa jawa pula yang keluar.


Bertolak dari The Loop Uniten kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Bas sampai tepat pada masanya, dan tidak menyukarkan para AJK memikirkan sebarang kelewatan. Perjalanan ke Taman Negara Endau-Rompin agak lama, kira-kira 5 jam. Tiba di sana tepat sebelum masuknya maghrib. Sedang elok untuk kami memasang semua khemah dan menguruskan diri.

Peserta diberikan masstin dan bahan-bahan memasak yang lain untuk memasak. Waktu makan telah ditetapkan oleh biro program.

Hari pertama berada di sana, aktiviti pertama kami adalah nightwalk. Meredah hutan yang gelap dengan hanya bertemankan lampu suluh. Menarik, langit malam di sana sangat berbeza dengan langit malam di bandar. Bintang bertaburan jelas kelihatan, menunjukkan malam juga ceria, seceria terang matahari siang. 

Jungle trekking pula sebagai aktiviti kedua, diadakan pada hari kedua kem ini. Inilah aktiviti yang paling happening untuk biro keselamatan kami Da'a. Tidak sampai beberapa meter berjalan di hutan, ada sahaja yang terkena pacat. Da'a yang penat terpaksa berkejar-kejaran untuk memberikan mereka garam. Benda yang paling popular untuk hari itu, garam. Semuanya tentang pacat dan garam. Perkenalkan, Da'a Si Garam.

Kemudian kami berhenti rehat, makan tengah hari bersama bekal yang di bawa. Wajah yang lesu kembali ceria apabila nasi disuap ke mulut. Sememangnya penat aktiviti jungle trekking ini. Tapi pengalaman mengharungi semua itu tidak ternilai dengan semua rasa letih itu.

Kemuncak aktiviti kami untuk kem ini adalah kayak, yang diadakan pada pagi sebelum kami bertolak pulang ke Pusaka Tersayang. Ramai peserta yang berkata mereka tidak pernah berkayak sebelum ni. Tetapi sejurus turun ke air, amboi bukan main laju mereka mengayuh.Agak jauh juga kami berkayak. Pengalaman yang hebat untuk mereka yang kali pertama menaiki kayak. Ada yang terbalik kayaknya, mujurlah ada baju keselamatan. Sungainya agak dalam juga. Inilah yang dinamakan aktiviti lasak, bukan?

Kami bersiap sedia untuk pulang. Mengemas semua barangan yang dibawa. Menyimpan semula khemah yang didirikan. Tiba saatnya untuk kami berpisah dengan tempat ini. Walaupun cuma tiga hari, kami seronok berada di sini. Banyak memori terukir di sini. Keakraban antara peserta dan juga AJK sudah mula terserlah pada pengakhiran program ini. Semuanya saling beramah mesra antara satu sama lain.


Insyaallah akan diadakan program seperti ini lagi di masa akan datang. Semoga berjumpa lagi di lain waktu, sekian...


Laporan : Azmi Zaim


11 June 2012

Poster : Nature's Care Day

Mencari aktiviti yang lasak?

JOM!!!


"Night Walk"
"Jungle Trekking"
"Water Confident"
"Berakit"
"River Crossing"

Hanya untuk RM 55 sahaja.

Juga ada BBQ sebagai aktiviti santai.

Berminat?

Sila hubungi:
Atif - 0145151861
Yana - 0132682773

INFO LANJUT : NATURE'S CARE DAY
 

10 June 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 26 Mei yang lalu, Seramu Uniten telah menghantar seramai 27 orang sukarelawan dan 1 AJK ke Himpunan Jutaan Belia 2012.

Flow program? Tidak rumit .

Berkumpul pada pukul 7.45 pagi, para sukarelawan mendaftarkan diri di Urusetia Seramu Uniten di The Loop. Mereka didapati amat memberikan kerjasama dan segalanya berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah. Selesai sahaja pendaftaran, Kami menaiki bas dan menuju ke Putrajaya.

Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja memandangkan keadaan trafik pada pagi itu tidak sesak. Apabila sampai di belakang bangunan Kementerian Belia dan Sukan, Skuad Sukarelawan Uniten dibawa ke main Help Desk Volunteer dan mendaftar diri di urusetia sukarelawan MyCorps pula.

Mereka diberi T-shirt, topi , tuala dan kupon makanan.

Kemudian, mereka diagihkan oleh urusetia sukarelawan My Corps ke tempat bertugas masing-masing.


Para sukarelawan dikehendaki menolong Ketua segmen (tempat yang ditugaskan) untuk melancarkan program.

Program sukarelawan ini tamat tidak pada masa yang yang ditetapkan iaitu 8 malam, tetapi ianya habis awal. So, bila dah habis awal, para sukarelawan ada masa untuk berjalan-jalan meninjau keadaan di tapak himpunan jutaan belia.

Diharapkan jika ada lagi program Sukarelawan sebegini, Pelajar Uniten berminat untuk menyertai kerana hidup ini singkat sangat nak dibazirkan masa ke tempat dan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Terima kasih.

Laporan : Mia Baharudin