PENGENALAN

SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNITEN atau dengan nama singkatannya SERAMU.

SERAMU ditubuhkan pada tahun 2003 dengan dikenali sebagai SRM UNITEN dan diletakan di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) UNITEN. SERAMU adalah satu badan "penggerak" untuk mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam sesebuah universiti. kebanyakkan program dan aktiviti yang dijalankan oleh SERAMU adalah berlandaskan 9 gaya hidup dan 3 program RAKAN MUDA.



Menjadi pemangkin atau penggerak dalam pembentukan mahasiswa yang berkualiti tinggi serta berdaya saing. Membina modal insan mahasiswa yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara



  • Memantapkan lagi struktur organisasi serta pengurusan SERAMU
  • Menganjurkan program yang besifat kemasyarakatan dan sukarela dalam melahirkan mahasiswa yang menjalani gaya hidup yang lebih sihat selaras dengan agenda pembangunan negara


  1. Melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut bergiat aktif dalam bidang kokurikulum terutama sekali dengan menjadi SERAMU.
  2. Melahirkan pelapis-pelapis pemimpin yang akan memimpin Sekretariat Rakan Muda khususnya dan lain-lain organisasi amnya. 
  3. Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam aspek sahsiah dan ilmiah di samping memberi pengalaman baru kepada mahasiswa untuk mengasimilasikan teori dan praktikal yang diperolehi di kampus ke dalam dunia realiti.
  4. Membina hubungan baik dan mengeratkan silaturahim serta memupuk sifat keprihatinan mahasiswa dengan masyarakat luar bagi memupuk semangat kekitaan menepati kehendak agama, bangsa dan negara.



Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) ahli jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda Universiti Tenaga Nasional akan sentiasa mematuhi prinsip berikut;

  1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.
  2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.
  3. Kesetiaan dalam menjaga nama baik universiti dan sekretariat
  4. Mengamalkan semangat kesukarelaan dan setiakawan dalam menjalankan tugas.
  5. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.
  6. Meningkatkan ilmu dan kemahiran  dipelbagai program yang disertai.
  7. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.



  1. Penganjuran yang menggunakan logo SERAMU adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program.
  2. Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.
  3. Menganjurkan program yang mengandungi ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik.
  4. Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
  5. Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang. 
  6. Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.
  7. Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.
  8. Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.
  9. Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas agama, bangsa dan ekonomi.
  10. Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.