03 December 2011

Program Sambutan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun

Pada 28 November 2011, SERAMU UNITEN telah dijemput menjadi wakil belia tempatan untuk menyambut peserta-peserta program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP). Seramai 19 orang pelajar UNITEN menyertai program sambutan peserta-peserta SSEAYP .


Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) merupakan program pertukaran belia antarabangsa yang dilaksanakan khusus untuk para belia di negara Jepun dengan kerjasama negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan persabahatan di antara negara Jepun dan negara-negara ASEAN.


Sejurus sampai di tempat yang dituju, kami yang merupakan wakil SERAMU UNITEN diberikan 3 buah negara untuk disambut iaitu SINGAPORE, CAMBODIA dan MYAMMAR. Kami juga diberikan briefing serba sedikit tentang program ini. Sesi ice-breaking juga dijalankan untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Aktiviti yang dijalankan pada waktu malam pula diserikan dengan persembahan oleh setiap buah negara yang menyertai. Disini kami dapat melihat pelbagai jenis tradisi dan budaya yang berbeza di setiap buah negara.

Sepanjang aktiviti ini, kami dapat berkenalan serta beramah mesra dengan para peserta program ini. Kami juga dapat bertukar-tukar idea dan informasi. Mereka tidak lekok untuk berkongsi pengalaman kepada kami semua. Terima kasih kepada semua yang menyertai program ini. :)












28 November 2011

POSTER : JOM IKUT RAKAN MUDA-MINI EXPLORACE




UPCOMING EVENT
DARE TO WIN OR DARE TO LOSE?
YOU DECIDE !
COME AND JOIN US !! 

25 November 2011

Teambuliding and Induction 2011

Teambuilding and Induction 2011
18-20 November 2011
Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor.


Assalammualaikum and hye everyone. :)
Alhamdulillah, selesai dengan satu program 3 hari 2 malam yang diberi nama TEAMBUILDING. Program sempoi ini hanya melibatkan semua AJK yang telah dilantik dan tiga orang ALUMNI datang menyokong.  MOTIF? untuk mengeratkan hubungan antara semua AJK yang lama dan yang baru saja dilantik termasuk juga la dengan ALUMNI SERAMU.




 sooo, disinilah kami cuba mengenali dengan lebih rapat semua AJK SERAMU yang lain. Kami juga didedahkan dengan bermacam-macam tips dan juga panduan untuk membuat proposal, surat mengikut format yang betul, membentangkan proposal dan macam-macam lagi. Alumni banyak menolong kami.terima kasih :D








Sepanjang program ini, diselitkan juga dengan aktiviti-aktiviti seperti ice-breaking, jungle-trekking. games dalam air dan banyak lagi. Di sinilah kami dapat mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain :D



SURPRISEEEE !! HAPPY BIRTHDAYYYYYY juga kepada 2 org AJK dan seorang alumni SERAMU : ASYIQIN, SHAHIR dan ZUBIR. ;p *AIR SARSI + TEPUNG.*

Kesimpulannya, objektif program ini tercapai dengan jayanya. Kami juga semakin clear dengan peranan masing-masing. Tahniah kepada semua AJK yang menyertai dan TERIMA KASIH kepada ALUMNI = syukri, zubir dan aizat yang turut serta dalam program ini.
GOOD LUCK semua.






Once SERAMU,always SERAMU !!


09 October 2011

Report : AGM SERAMU + DINNER WITH ALUMNI. (superb!)


Assalammualaikum, Salam SERAMU, Salam Belia, Salam 1 Malaysia. ;)

Rakan Pimpinan SERAMU 2011/2012

Annual Grand Meeting (AGM) Seramu semalam sangatlah super cool! bermula dengan bacaan doa, seterusnya perbentangan aktiviti aktiviti seramu bagi sesi 2010/2011, perbentangan kewangan seramu 2010/2011, video aktiviti daripada ajk multimedia, pelantikan Ajk sesi 2011/2012, pelancaran blog dan Makan! ;p 

kepada Presiden Megat (sesi 2010/2011). anda sangat hebat! terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kiteorg semua. terima kasih sebab being sangat tegas dan kadang kadang ade jugak termarah marah sampai buat kami terasa takot. terima kasih sebab tegur kesalahan kami. terima kasih untuk segalanya! semoga sukses selalu. happy convo mantan presiden!! ;D 
-Daripada Rakan Pimpinan SERAMU 10/11-

Rakan Alumni SERAMU

Thanks so much for those yang sudi hadir dan meriahkan majlis, terutama kepada pihak hep, mpp anddd ALUMNI SERAMU yang havoc!! ;D kepada AJK 2010/2011, thanks bagi kerjasama supaya AGM berjalan dengan gempak dan lancar! conclusion, the 7th AGM kali ni sangat gempak wei! Semoga Rakan Pimpinan 2011/2012 dapat teruskan legasi kekuatan bonding antara semua ahli seramu dan jadikan SERAMU kelab paling gempak dalam uniten!! ;D Taniah Suriani kerana menjadi Presiden perempuan pertama dalam SERAMU! Once SERAMU, Always SERAMU!




RAKAN PIMPINAN SERAMU 2011/2012

Pengerusi: SURIANI BT SUFFIAN
Timbalan Pengerusi (Eksekutif & Pentadbiran ) : MOHD UZAIR B ISMAIL
Timbalan Pengerusi ( Latihan & Pembangunan ) : NUR ASYIQIN BT ANUA 
Timbalan Pengerusi ( Tugas-Tugas khas ) : AMIRO B ABD AZIZ
Ketua Setiausaha :
 NOOR EMIRA BT SABRI 
Rakan Setiausaha : NUR FADHILAH BT ZAINUDIN
Ketua Rakan Kewangan :
 ADIBAH BT KHALED 
Rakan Kewangan : MOHAMAD SYAFIQ B MOHAMAD SAAD

Ketua Rakan Perhubungan & Aset : NOORLAILI BT AHMAD NOORDIN 
Rakan Perhubungan & Aset 1: MUHD HURUSAINI FIKRI B KHAIRUDDIN

Rakan Perhubungan & Aset 2: NABIHAH BT SIHAR

Ketua Rakan Inovasi :
 HAIRUL FAHMI B MOHD KHALID 
Rakan Inovasi 1: AIZA NOR IZZATI BT AZMI 
Rakan Inovasi 2: NOR AIDA BT ALI


Ketua Rakan Wirausaha :
 MUHAMMAD HAZMIN B ABD RAZAK 
Rakan Wirausaha 1: NUR’AINA BT KAMARUDDIN 
Rakan Wirausaha 2: MUHAMMAD HAZIM B ABD RAHMAN

 
Ketua Rakan Cinta Alam: NURUL AFIDATUL AQMAR BT ALI 
Rakan Cinta Alam: MUHD KHAIRUL FADZLI B ABD GHANI 

Ketua Rakan MWD: MUHAMMAD A’TIF B ABD RAZAK 
Rakan MWD 1: SYAHIRAN B MOHD AMIRUDIN 
Rakan MWD 2: NURUL AFIQAH BT ABD HALIM


Ketua Rakan Sukarelawan :
 MUHAMMAD SYAHIR B AHMAD ZAIDI 
Rakan Sukarelawan 1: TENGKU MOHD HAFIZ IZZAT 
Rakan Sukarelawan 2: NORFASILAH BT SHAHROLPILAH

 
Ketua Rakan Masyarakat : ATIF B. MOHAMAD JOHARI 
Rakan Masyarakat 1: MUHAMMAD NOR ADHHA B MOHD ADNAN 
Rakan Masyarakat 2: NURUL AKMAL LIYANA BT ABU HASSAN 

07 October 2011

AGM SERAMU 7th - 2011


ANNUAL GRAND MEETING 
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNITEN
(SERAMU)
WITH COMBINATION OF DINNER SERAMU 2011

8 OCTOBER 2011
8PM-11PM
TEATER BV

WHO WILL BE THE NEXT LEADER OF SERAMU?



*will update soon.*




01 October 2011

INTERVIEW BAKAL AJK SERAMU 2011/2012


BERMINAT UNTUK MENJADI SALAH SEORANG AHLI ORGANISASI SERAMU?

INTERVIEW YANG SEMPOI DAN COOL AKAN DIADAKAN :
 HARI ISNIN (3 OCTOBER 2011) 
8 PM - 10 PM
COE FOODCOURT

tak perlu menggelabah, takot or risau sebab interview kiteorang selamber je!
JOM LAH JOIN SERAMU!
see you there!


"SERAMU FOR ALL"

29 September 2011

MINI BAAZAR SEPTEMBER 2011 - AWESOME!

HELLO SEMUAA!

walaupun harini hanya sekadar Mini Baazar, sehari je baazar nya
tapiii kami warga SERAMU berjaya 
dapatkan satu lagi AWARD! ;D

Yeah! AWARD!
.
.
.
.
.
.
.

THE BEST DECORATED CLUB AWARD!


thank you so much for those who are always with the SERAMU!
Once SERAMU, Always SERAMU! ;D

28 August 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H

by PIMPINAN SERAMU



Sungai disusur sehari-hari,
 Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan. 

Ramadhan diberkati, Syawal dirahmati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA SEMUA WARGA SERAMU UNTUK SEMUA. ;)







01 August 2011

Salam Ramadhan 1432H dari SERAMUs



marilah kita sama sama memperhebatkan lagi amalan di bulan yang mulia ni.
rebut peluang yuk!! ;D
Selamat Bersahur! Selamat Berpuasa! Selamat Berbuka!

10 July 2011

Report : Nature's Care Day 2011

by RAKAN CINTA ALAM
Sebelum SERAMU 2010/2011 menutup tirainya, sebuah program, iaitu Nature’s Care Day telah diadakan. Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan dengan jayanya di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.



Jumaat, Julai 8, 2011
Fakta wajib yang perlu diketahui, bonet bas yang segala besar tu penuh dengan barang-barang kitaorang. HAHA. Kemain excited semua oranggggg! Padat kot bonet bas tu. ;p


Sebelum bertolak ke Taman Negeri Endau-Rompin, ada MT SERAMU yang turun padang memberikan kata-kata semangat kat kitaorang. Terima kasih korangggg! (Walaupun, ada yang tak dapat join sebab sekarang musim test, GOOD LUCK yaw!)




Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5jam telah menjadi  7jam. Dugaan sungguh~ Gara-gara driver bas tersalah jalan. Wuuu, sengal kot duduk lelama ni. == Nasib baik sampai juga destinasi walaupun hari sudah malam~ 


Seriously, tempat campsite kitaorang memang jauh dalam hutan nunnnnn~ Setengah jam lah juga dari main road ke campsite tu. Nasib baik ada sumber elektrik, tidak lah terkapai-kapai dalam kegelapan malam.




Sampai-sampai je, ada short briefing dari Pegawai Renjer, En Razak dan AJK-AJK program.  Dah puas cakap-cakap tu, barulah pasang segala khemah. Masa tu, dah ada yang ter-menjerit kena pacat. Hehe. Adat lah, dalam hutan kan. ;p Kemudian, baru ada sesi makan malam (dah start survival dia, bagi setiap kumpulan bahan-bahan masak, kemudian pepandai dorang camne nak masak lauk tu).


Ber-campfire sampai 3pagi serta di temani dgn Teh O dan biskut kering. 


Sabtu, July 9, 2011


Bangun, bangun, bangunnnnnn!  ;p


Fuhhhhhh, boleh tahan juga nak kejut sorang-sorang. Tambah-tambah dengan keletihan semalam~


Lepas memasing dah kenyang breakfast, pengembaraan bermula! :D Ohh ya, nak bagitau ni. Ada rakaman Kids On 2 masa kitaorang mengembara dalam hutan tu. Alaaa, cerita kanak-kanak kat TV2 tu. Hehe. Ter-menjadi pelakon tambahan. ;p  




mase jngle treking. kiteorang dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan yang sebelum ini jarang kiteorg nampak sebagai contoh, orkid bukit ... selain itu, kiteorg juga perlu bekerjasama untuk meneruskan perjalanan kerana trek nya yang agak mencabar..... perjalanan yang memakan masa selama 3 jam  amat memenatkan... kerana selama berjam tu, kerje kami mendakiiii jerp.. xde jalan rata... (penat sungguh wei... ) sampai kat satu tempat (kat anak sungai), kami diberi buluh untk kami mask telur, nasi n ikan kering (mase nie survival... buluh tu die kasi awl2 lagi sebelum daki bukit lagii.. ).. ade yang dpat makan sepenuhnya n ade yang dapat makan cket jerr sbb, nasi x mask..... (lmbat masak owh gne buluh nie...)(kuali n periok tidak dibenarkan bawak)..... slps selesainyer survival, hujan pon turun.... jadi, kiteorg terpaksa patah balik.... 


Dah puas mengembara dalam hutan, masa untuk enjoyyyy! Merehatkan diri sebentar di Air Terjun. Ehhh, takde lah rehat je, terjun lah sekali. Bukan senang nak jumpa air terjun. ;D Sejukkkkkkkk gila, wa cakap lu! Syiokk!






Bila semua dah mengigil kesejukan, masa untuk pulang ke campsite. ;O


Malam ye pula, sambung sikit lagi pengembaraan dalam hutan. Kita bernight walk. Kali ni ada track tersendiri, kira ye takde lah lasak sangat.Kebetulan, petang tadi hujan, so jalan agak lecak. Hmph, pacat? Memang banyakkkk~ 


The best part masa night walk, kena seberang sungai menggunakan titi. Bukan sebarang titi, tapi titi tu sebenarnya pokok yang sudah tumbang. Woooo, bayangkan kena pijak batang pokok dalam tengah-tengah hutan yang gelap gelita tu? Tapi, atas kerjasama semua orang, memasing tolong suluhkan ke arah titi tersebut. Sekurang-kurangnya ada lah cahaya dari takde kan. 


Sampai je kat campsite, ada sesi BBQ pulak. ;D


Ahad, July 10, 2011


Hahhhh, kali ni lagi susah nak kejut. Sebab hujan~ Lagi lenaaa~ Bertambah pulak tidur dalam khemah di tengah-tengah hutan? Wooooo, sejukk!


Sementara nak tunggu, program seterusnya. Kita main air lagiii! Jom, terjah sungai dan jeram yang ada. :D




Yang lelaki-lelaki excited kemain bermain aktiviti air, kami yang perempuan masak tengahari untuk dorang. Lepas masak terus mandi-mandi dan bersiap untuk pulang. Sekali, zupppp! Hujan lebat mencurah-curah turun ke bumi.


Seriously dah kelam kabut gilaaaaaaaaaa. Terima kasih yang tolong kemas-kemas campsite.Kemudian, perjalanan pulang ke UNITEN. Tepat 8.35pm bas berhenti depan ATM Library UNITEN. Yeayyy! Dah selamat sampai. :D


Thanks kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ni. Terutama kepada ahli-ahli jawatankuasa program yang sangatlah awesomeeeeee! Peserta-peserta program pun awesome juga. :D

01 July 2011

Poster : Nature's Care Day 2011



WILL YOU SURVIVE?
LET'S BURST OUT OUR CAMP-SKILLS YAW!!! ;D


11 June 2011

Report : Jom! Ikut Rakan Muda Versi Explorace

by RAKAN SUKARELAWAN
hey hoo! kali ni rakan sukarelawan datang lagi dengan Explorace pulak! *woot. woot*

ok, sebenarnya program Jom! Ikut Rakan Muda adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara semua ahli warga seramu. tak kisah lah yang baru join ke, ajk ke, alumni ke. harini, kite semua adalah sama iaitu warga keluarga seramu! ;) together we stand, together we fall kan?

program ni versi EXPLORACE. alaa macam biasa lar, ade checkpoint ade task and bla bla bla. so kiteorang sediakan 7 checkpoint di seluruh kawasan uniten! and group pulak kiteorg pecahkan kepada dua org satu group, tak kisah lah alumni ke ahli ke ajk ke ape, semua campur. baru lah dapat capai objektif 'merapatkan silaturahim antara warga seramu'. tak gitu? heee.

setiap checkpoint, peserta akan diberi satu kepingan dari logo seramu. its like bukti yg dorang dah habiskan task tu larr.

so 7 task yang kene selesaikan  (takdelah mncabar sgt. hee) iaitu :
1. cari belon dan jawab soalan.
2. tangkap anak ikan
3. cari duit syiling yang bertanda
4. sepak bola ke belakang
5. asingkan empat jenis rempah yg dicampurkan
6. fear factor! (pilih dua makanan antara belacan,cencaluk atau budu makan dengan roti)
7. sambungkan semua kepingan logo dan menjadi logo seramu yg awesome! ;D

 

rasenye checkpoint yang lain takde masalah TAPI checkpoint ala2 fear factor. mak aihhh, sampai ade yang muntah muntah. yela mane tak nye, dapat belacan yang beketul2 tu kene habiskan dengan dua keping roti jek! erghh!! yang dapat budu? cencaluk? belasah lah koranggg. cabaran cabaran! wakaka. ;p


so kesimpulannya, semua nya memang the best lar! thank you so much for the support!! :D kepada group yang menang, TAHNIAH! kepada yang lain2, cuba lagi next year ye! yang penting, kite nak enjoy jee. SERAMU FOR ALL kan!! ;D

01 June 2011

30 May 2011

Hari Belia Negara 2011 versi warga uniten.

by RAKAN SUKARELAWAN


3 hari 3 malam, sukarelawan wakil dari uniten seramai 172 orang termasuk 7 orang AJK sukarelawan.


selama tiga hari kami bertugas, pengalaman yang kami dapat sangatlah awesome! ;D 







haa, seramu juga ada bukak booth mewakili srm ipt bersama srm upnm dan srm upm. (; ribuan terima kasih kepada yang drop by booth kami. hee.



chop! seramu : untuk himpunan dua juta belia 2012, insyaAllah, warga uniten akan hantar sukarelawan seramai yang mungkin. support HBN yaw! ;D

21 May 2011

Report : Ziarah Kasih "suai kasih"

by RAKAN MASYARAKAT

Bismillahirahmanirahim.

alhamdulillah harini kami warga seramu selesai dengan program kebajikan di rumah anak anak yatim, hulu klang selangor (rumah bakti) dan program kami dinamakan Ziarah Kasih "suai kasih". first of all, kenape diberi nama macam ni? bermakna kami ZIARAH mereka serta SUAI kan KASIH kepada mereka yang memerlukan. hihi. boleh diterima tak?


ok aktiviti kami harini banyak ke arah mendekatkan peserta kepada anak anak yatim di rumah bakti ni. sesi LDK, sesi beramah mesra, dan di akhirnya sesi nyanyi dengan penuh penghayatan dan bersemangat lagu doa perpisahan warga seramu berikan kepada adik adik di rumah bakti. but end up, dorang nyanyi lagi kuat dari kiteorang. huu. abang2 dan kakak2 seramu dah sayu layu nak tinggalkan. dorang pulak back up. ;p

jom layan lagu ni amik feel sket. huhu.




walau apa pun yang berlaku, terima kasih banyak banyak kepada pihak pengurusan rumah bakti sudi bagi kerjasama kepada kami warga Sekretariat Rakan Muda Uniten untuk menjayakan program ini. dan juga kepada semua peserta, you are GREAT! ;D terima kasih kerana sokong SERAMU. together we stand, together we fall~ hee. harap, program ni akan memberi impak kepada setiap peserta dari segi rohani. masih ramai yang memerlukan bantuan dan tidak bernasib baik. jadikan ia sebagai pengajaran dan bersyukur dengan kehiudpan kita sekarang. ;) 


19 May 2011

Baazar Club May 2011 - GEMPAK!

by RAKAN PIMPINAN SERAMU


Booth SERAMU yang dibuka selama dua hari sempena Baazar Club Uniten.
bertempat di Upten. dan baazar kami terletak di hadapan Izzat Corner! 
18 - 19 MEI 2011



first of all, kami sangat TERUJA ok! sebab apa?
sebab SERAMU meraih 
The Most New Students Enrollment Club
iaitu seramai 138 orang selama dua hari bukak booth!
*woot. woot*

ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong seramu!

kami akan cuba dan terus mencuba untuk naik kan lagi nama SERAMU dan jadikan ia sebagai kelab yang terhebat di uniten. insyaALLAH. ;D

- SERAMU UNTUK SEMUA-


10 May 2011

Poster : Ziarah Kasih "suai kasih"


kini SERAMU kembali dengan aktiviti kebajikan pulak. (;
mari kita ringankan beban, hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

30 April 2011

Report : Karnival Sukan Kreativiti 2011

by RAKAN INOVASI


Yuhuuuu, sebuah program Karnival Sukan Kreativiti telah berjalan dengan jayanyaaaa! ;)

Apa yang menarik tentang program ni?
- Julung pertama kalinya diadakan di Uniten.
- Mencungkil kreativiti dan ketajaman minda para peserta (ehhh, bukan calang-calang orang tau, hehe)

Jom, tengok gelagat para peserta!

First game, Pirahna River.
Game ni memerlukan para peserta angkut baldi air ke seberang dengan memijak kain, konon-konon ye ada ikan pirahna kat situ. Kain tu sebagai sampan dorang~ TAPI, dalam sekali perjalanan tak boleh campur jantina. Kalau dorang TER-keluar dari ‘sampan’, kena mula dari awal. Wooooo, sakit! So, selamatkan nyawa anda, gunakan ‘sampan’ sebaiknyaaaa!




Ehhh, yang perempuan pun gagah~ Bukan lelaki je boleh buat. Nahhh, ce tengok ni. Hehe.



Second game, Silent Crossing. 
Game ni pula memerlukan suasana yang sunyi sepi. Kerusi telah disusun secara memanjang untuk setiap ahli kumpulan dan ada satu kerusi kosong kat tengah-tengah bagi membezakan kumpulan. Syaratnya senang, kumpulan di sebelah Timur hendaklah ke sebelah Barat dan sebaliknya. Tetapi, hanya sorang sahaja di benarkan bangun pada satu-satu masa. Oleh sebab, suasana sunyi sepi, setiap kumpulan di benarkan buat gaya masing-masing tanpa mengeluarkan segala bunyi. Well people, itu lah orang panggil ‘body language’.



Third game, Acid Water.
Ehh, don’t worry. Nama je ‘Acid’ tapi kitaorang guna air paip je. ;D Tadi dah letih-letih, ni masa untuk main airrrrr! Setiap kumpulan di berikan satu bekas air yang sudah di ikat tali. Bukan satu tali, tapi banyakkkkk. Ini nak tengok macamna satu kumpulan tu berkomunikasi untuk pegang satu bekas air yang banyak tali, atau bahasa senang ye, satu bekas air di pegang oleh semua ahli kumpulan. Boleh tahan kalutnya~ Game ni simple, hanya isi air dalam bekas tersebut dan penuhkan botol di hujung track. Dalam masa yang di berikan, siapa yang paling banyak, itu lah pemenangggg! ;D



Dan akhirnya, masa penyampaian hadiah. Wooooo! Excited!!! :D



Tahniah kepada yang menang, kepada yang kurang menang, cuba lagi tahun depan? Hehe. Semoga jumpa lagi koranggggg! ;D