03 October 2012

Semester Baru

Assalamualaikum, salam sejahtera.

 Alhamdulillah, semester baru kembali tiba. Setelah hampir dua minggu kita memanjakan diri di rumah beristirehat, kini tibalah waktu untuk kita kembali menghadirkan diri ke kelas. Sememangnya, pasti kita akan terasa malas, tetapi tanggungjawab tetap tenggungjawab bukan? Tanggungjawab kita sebagai pelajar haruslah kita laksanakan dengan sebaiknya.

Semester baru kembali pastinya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan oleh kelab-kelab dan persatuan di UNITEN ini.

Semester 2 2012/2013 ini juga menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baru yang kebanyakannya masih lagi baru dalam alam universiti. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. Semangat semester baru ! :)


by RAKAN SUKARELAWAN