28 November 2012

SESI TEMUDUGA AJK SERAMU

Assalamualaikum, salam sejahtera.




Sekretariat Rakan Muda UNITEN akan mengadakan temuduga untuk perlantikan AJK baru bagi sesi 2012/2013.

Jom ramai-ramai hadir ke temuduga ni. Serlahkan bakat anda, tunjukkan kebolehan anda, buktikan bahawa diri anda juga mampu.

TARIKH : 3
DISEMBER 2012 (ISNIN)
TEMPAT : The Loop (ARAS ATAS)
MASA : 8 PM - 10 PM


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Afiqah : 013 - 4436637
Aiza : 013 - 4084945


Jom Sertai Kami !


by RAKAN SUKARELAWAN

03 October 2012

Semester Baru

Assalamualaikum, salam sejahtera.

 Alhamdulillah, semester baru kembali tiba. Setelah hampir dua minggu kita memanjakan diri di rumah beristirehat, kini tibalah waktu untuk kita kembali menghadirkan diri ke kelas. Sememangnya, pasti kita akan terasa malas, tetapi tanggungjawab tetap tenggungjawab bukan? Tanggungjawab kita sebagai pelajar haruslah kita laksanakan dengan sebaiknya.

Semester baru kembali pastinya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan oleh kelab-kelab dan persatuan di UNITEN ini.

Semester 2 2012/2013 ini juga menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baru yang kebanyakannya masih lagi baru dalam alam universiti. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. Semangat semester baru ! :)


by RAKAN SUKARELAWAN

20 June 2012

Nature's Care Day

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Program Nature's Care Day telah pun berlalu, dan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti yang dirancang, semua aktiviti berjalan dengan baik, walaupun ada sedikit kelewatan masa, tapi itu tidaklah begitu ketara. Bagi saya, biro program Atif Kembo telah melaksanakan tugasnya dengan baik.


Para peserta memberikan kerjasama yang baik bersama para AJK yang terlibat. Tiada sebarang masalah komunikasi berlaku walaupun ada seorang peserta foreigner menyertai program ini. Kami terpaksa menerangkan semuanya dalam bahasa inggeris, dan hendak bertutur dengan lancar, jauh sekali. Asalkan ada bunyi orang putih pun jadilah. Kembo juga mangsanya. Mujurlah ada seorang sahaja, kalau sepuluh mahu terbelit juga lidah ni. Silap hari bulan, bahasa jawa pula yang keluar.


Bertolak dari The Loop Uniten kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Bas sampai tepat pada masanya, dan tidak menyukarkan para AJK memikirkan sebarang kelewatan. Perjalanan ke Taman Negara Endau-Rompin agak lama, kira-kira 5 jam. Tiba di sana tepat sebelum masuknya maghrib. Sedang elok untuk kami memasang semua khemah dan menguruskan diri.

Peserta diberikan masstin dan bahan-bahan memasak yang lain untuk memasak. Waktu makan telah ditetapkan oleh biro program.

Hari pertama berada di sana, aktiviti pertama kami adalah nightwalk. Meredah hutan yang gelap dengan hanya bertemankan lampu suluh. Menarik, langit malam di sana sangat berbeza dengan langit malam di bandar. Bintang bertaburan jelas kelihatan, menunjukkan malam juga ceria, seceria terang matahari siang. 

Jungle trekking pula sebagai aktiviti kedua, diadakan pada hari kedua kem ini. Inilah aktiviti yang paling happening untuk biro keselamatan kami Da'a. Tidak sampai beberapa meter berjalan di hutan, ada sahaja yang terkena pacat. Da'a yang penat terpaksa berkejar-kejaran untuk memberikan mereka garam. Benda yang paling popular untuk hari itu, garam. Semuanya tentang pacat dan garam. Perkenalkan, Da'a Si Garam.

Kemudian kami berhenti rehat, makan tengah hari bersama bekal yang di bawa. Wajah yang lesu kembali ceria apabila nasi disuap ke mulut. Sememangnya penat aktiviti jungle trekking ini. Tapi pengalaman mengharungi semua itu tidak ternilai dengan semua rasa letih itu.

Kemuncak aktiviti kami untuk kem ini adalah kayak, yang diadakan pada pagi sebelum kami bertolak pulang ke Pusaka Tersayang. Ramai peserta yang berkata mereka tidak pernah berkayak sebelum ni. Tetapi sejurus turun ke air, amboi bukan main laju mereka mengayuh.Agak jauh juga kami berkayak. Pengalaman yang hebat untuk mereka yang kali pertama menaiki kayak. Ada yang terbalik kayaknya, mujurlah ada baju keselamatan. Sungainya agak dalam juga. Inilah yang dinamakan aktiviti lasak, bukan?

Kami bersiap sedia untuk pulang. Mengemas semua barangan yang dibawa. Menyimpan semula khemah yang didirikan. Tiba saatnya untuk kami berpisah dengan tempat ini. Walaupun cuma tiga hari, kami seronok berada di sini. Banyak memori terukir di sini. Keakraban antara peserta dan juga AJK sudah mula terserlah pada pengakhiran program ini. Semuanya saling beramah mesra antara satu sama lain.


Insyaallah akan diadakan program seperti ini lagi di masa akan datang. Semoga berjumpa lagi di lain waktu, sekian...


Laporan : Azmi Zaim


11 June 2012

Poster : Nature's Care Day

Mencari aktiviti yang lasak?

JOM!!!


"Night Walk"
"Jungle Trekking"
"Water Confident"
"Berakit"
"River Crossing"

Hanya untuk RM 55 sahaja.

Juga ada BBQ sebagai aktiviti santai.

Berminat?

Sila hubungi:
Atif - 0145151861
Yana - 0132682773

INFO LANJUT : NATURE'S CARE DAY
 

10 June 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 26 Mei yang lalu, Seramu Uniten telah menghantar seramai 27 orang sukarelawan dan 1 AJK ke Himpunan Jutaan Belia 2012.

Flow program? Tidak rumit .

Berkumpul pada pukul 7.45 pagi, para sukarelawan mendaftarkan diri di Urusetia Seramu Uniten di The Loop. Mereka didapati amat memberikan kerjasama dan segalanya berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah. Selesai sahaja pendaftaran, Kami menaiki bas dan menuju ke Putrajaya.

Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja memandangkan keadaan trafik pada pagi itu tidak sesak. Apabila sampai di belakang bangunan Kementerian Belia dan Sukan, Skuad Sukarelawan Uniten dibawa ke main Help Desk Volunteer dan mendaftar diri di urusetia sukarelawan MyCorps pula.

Mereka diberi T-shirt, topi , tuala dan kupon makanan.

Kemudian, mereka diagihkan oleh urusetia sukarelawan My Corps ke tempat bertugas masing-masing.


Para sukarelawan dikehendaki menolong Ketua segmen (tempat yang ditugaskan) untuk melancarkan program.

Program sukarelawan ini tamat tidak pada masa yang yang ditetapkan iaitu 8 malam, tetapi ianya habis awal. So, bila dah habis awal, para sukarelawan ada masa untuk berjalan-jalan meninjau keadaan di tapak himpunan jutaan belia.

Diharapkan jika ada lagi program Sukarelawan sebegini, Pelajar Uniten berminat untuk menyertai kerana hidup ini singkat sangat nak dibazirkan masa ke tempat dan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Terima kasih.

Laporan : Mia Baharudin

01 April 2012

POSTER : ZIARAH KASIH 2

Ingin melakukan aktiviti kebajikan?
Jom sertai "ZIARAH KASIH 2"!
 FEES 
IT'S FREE !
 
TEMPAT : RUMAH ANAK YATIM DARUL IZZAH, BANDAR BARU BANGI
TARIKH : 7 APRIL 2012
MASA : 7.30 Pagi - 4.00 Petang
 
TRANSPORT, LUNCH, SCORUN akan disediakan.

Ingin menyalurkan sebarang "Donation" ?
Atau berhasrat untuk turut serta?
 
Hubungi:
Laili - 0126402450
Azmi - 0108964734 
 
MORE DETAILS ON ZIARAH KASIH 2
 

19 March 2012

JUALAN T-SHIRT EKSKLUSIF SERAMU !!

HANYA RM 18 SAHAJA! 

100% COTTON

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT DI 
BOOTH SERAMU DI COE ATAU COIT


atau lebih mudah, sms sahaja :

NAMA , No TELEFON , QUANTITI , SAIZ

kepada
HAZMIN ( 013 6468409)
LAILI (012 6402450) 



06 March 2012

POSTER : SUKAN KREATIVITI


Perlukan aktiviti-aktiviti bersantai di hujung minggu?
Jom sertai program “SUKAN KREATIVITI”!

Tempat : Padang Hoki UNITEN
Tarikh : 24 Mac 2012
Masa : 8.30pagi – 1.00 petang
Yuran penyertaan : RM5/orang

Hadiah : HAMPER 
Sarapan dan makan tengahari disediakan. 
SCORUN juga akan diberi! "Of Course babe"

Apa lagi yang ditunggu-tunggu? Daftar segera!

"FEEL THE DIFFERENT!!"
  
BERMINAT? HUBUNGI KAMI ;D 
Adhha (0179780522)
Laili (0126402450)
A'tif (0145081094)

MORE ON FB : SUKAN KREATIVITI


POSTER : KAYAKING DAY 2012


SERAMU ( Sekretariat Rakan Muda UNITEN) represent "THE KAYAKING DAY 2012" to all UNITENIANS to participate !

THE DETAILS ARE AS BELOW : 

DATE : 17 MARCH 2012 (SATURDAY)
TIME :   8 A.M - 2 P.M
VENUE : TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
FEES :  MEMBER = RM 30
                     NON-MEMBER = RM 35

SCORUN, TRANSPORT , HAMPER, BREAKFAST AND LUNCH WILL BE 
PROVIDED!!

LIMITED to only 40 participants !! 
HURRY UP !! JOIN US. :D

INTERESTED? OR ANY ENQUIRIES?
KINDLY CONTACT US!

KHAIRUL : 014-5007494
FADHILAH :017-6402653