03 December 2011

Program Sambutan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun

Pada 28 November 2011, SERAMU UNITEN telah dijemput menjadi wakil belia tempatan untuk menyambut peserta-peserta program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP). Seramai 19 orang pelajar UNITEN menyertai program sambutan peserta-peserta SSEAYP .


Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) merupakan program pertukaran belia antarabangsa yang dilaksanakan khusus untuk para belia di negara Jepun dengan kerjasama negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan persabahatan di antara negara Jepun dan negara-negara ASEAN.


Sejurus sampai di tempat yang dituju, kami yang merupakan wakil SERAMU UNITEN diberikan 3 buah negara untuk disambut iaitu SINGAPORE, CAMBODIA dan MYAMMAR. Kami juga diberikan briefing serba sedikit tentang program ini. Sesi ice-breaking juga dijalankan untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Aktiviti yang dijalankan pada waktu malam pula diserikan dengan persembahan oleh setiap buah negara yang menyertai. Disini kami dapat melihat pelbagai jenis tradisi dan budaya yang berbeza di setiap buah negara.

Sepanjang aktiviti ini, kami dapat berkenalan serta beramah mesra dengan para peserta program ini. Kami juga dapat bertukar-tukar idea dan informasi. Mereka tidak lekok untuk berkongsi pengalaman kepada kami semua. Terima kasih kepada semua yang menyertai program ini. :)












No comments: