25 February 2013

Teambuilding & Induction Rakan Sesi 2012/2013



 


Program Teambuilding telah diadakan pada 15-17 Feb 2013 bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda Uniten (SERAMU) bagi sesi 2012/2013. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini seperti Jungle Trekking, Laluan Berhalangan, Night Walk, Latihan Dalam Kumpulan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan kerjasama antara satu sama lain, sekali gus, dapat merapatkan hubungan sesama mereka. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang Alumni SERAMU yang turut bertindak sebagai fasilitator program. Kehadiran mereka juga dapat membantu ahli-ahli SERAMU berkenalan dengan mereka terutamanya bagi ahli jawatankuasa yang baru. Akhir kata, program ini dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan serta dapat mengeluarkan kebolehan yang terpendam dari dalam diri semua ahli. 




Tentatif Program




Jungle Trekking

Objektif           :-
Menguji ketahanan para peserta meredah hutan di samping menguji mentaliti dan ketenangan peserta apabila melaksanakan tugas yang diberi semasa situasi yang mencabar.


Peserta akan dibawa berjalan melalui hutan yang mencabar bagi menguji ketahanan mental dan fizikal selain menyaksikan sendiri keindahan flora dan fauna. Di samping itu, mereka juga akan diberikan tugasan, yang perlu dilaksanakan di dalam hutan tersebut. Ketahanan mental dan fizikal serta sifat kerjasama yang tinggi antara satu sama amat penting bagi melahirkan AJK SERAMU yang mantap dan bersatu-padu


Ice Breaking

Tarikh : 15 Februari 2013
Masa : 2130 - 2330


Objektif :
Mengenali dan mengeratkan silaturahim antara AJK SERAMU yang baru dan yang lama.





Kesemua AJK SERAMU yang baru dan yang lama akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tugasan akan diberi dalam sesi pengenalan ini bagi membantu AJK lebih mengenali sesama sendiri. Selain itu, beberapa jenis permainan yang menguji minda dan semangat kerjasama juga akan dilaksanakan bagi membolehkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dalam suasana yang menarik.


LDK1 - Kaedah Penyediaan Kertas Kerja
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa : 1400 - 1600

Objektif :-
Memberi pendedahan kepada AJK SERAMU tentang cara-cara menyediakan kertas kerja.


Modul-modul yang digunakan bertujuan untuk mengajar serta memantapkan lagi selok- belok dalam menyediakan kertas kerja. AJK akan ditunjukkan contoh-contoh kertas kerja sekaligus memberikan mereka gambaran tentang menyiapkan satu kertas kerja yang baik. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh Alumni SERAMU yang terdiri daripada bekas AJK SERAMU sendiri.

---------

Outdoor Activity
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa : 1730 - 1930


Objektif :-
Aktiviti ini adalah bagi memastikan AJK SERAMU sentiasa sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang telah dirancang ialah halangan tembok di mana peserta perlu memanjat untuk melepasi tembok dimana peserta perlu memanjat untuk melepasi tembok yang mana menguji kekuatan fizikal peserta. Selain itu, aktiviti commando crawl, balancing V, gelung tayar dan spider net turut menanti para peserta.



Night Walk
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa  : 2100 - 2330


Objektif :-
Menguji kecekalan peserta selain merasai suasana hutan pada waktu malam.

Pelajar akan dibawa berjalan ke dalam hutan pada waktu malam. Pelajar akan berjalan dalam kumpulan bagi memudahkan pengawasan. Pelajar berpeluang untuk melihat keadaan dan suasana hutan pada waktu malam.





Dream Island
Tarkih  : 17 Februari 2013
Masa : 0900 - 1230

Objektif:
Sebagai satu medium untuk mendedahkan kepada peserta tentang asas dalam mentadbir atau memimpin sesuatu disamping memupuk sifat bantu membantu sesama ahli.

Peserta diminta untuk menghasilkan sebuah pulau impian yang sempurna dalam kumpulan masing2. Setiap kumpulan akan  membentangkan hasil yang telah disiapkan. Peserta akan diberi peluang untuk membahaskan idea masing-masing. Sesi ini akan dikendalikan oleh AJK Program dengan bantuan Alumni SERAMU.







--



lebih banyak gambar di


:)