10 July 2011

Report : Nature's Care Day 2011

by RAKAN CINTA ALAM
Sebelum SERAMU 2010/2011 menutup tirainya, sebuah program, iaitu Nature’s Care Day telah diadakan. Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan dengan jayanya di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.



Jumaat, Julai 8, 2011
Fakta wajib yang perlu diketahui, bonet bas yang segala besar tu penuh dengan barang-barang kitaorang. HAHA. Kemain excited semua oranggggg! Padat kot bonet bas tu. ;p


Sebelum bertolak ke Taman Negeri Endau-Rompin, ada MT SERAMU yang turun padang memberikan kata-kata semangat kat kitaorang. Terima kasih korangggg! (Walaupun, ada yang tak dapat join sebab sekarang musim test, GOOD LUCK yaw!)




Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5jam telah menjadi  7jam. Dugaan sungguh~ Gara-gara driver bas tersalah jalan. Wuuu, sengal kot duduk lelama ni. == Nasib baik sampai juga destinasi walaupun hari sudah malam~ 


Seriously, tempat campsite kitaorang memang jauh dalam hutan nunnnnn~ Setengah jam lah juga dari main road ke campsite tu. Nasib baik ada sumber elektrik, tidak lah terkapai-kapai dalam kegelapan malam.




Sampai-sampai je, ada short briefing dari Pegawai Renjer, En Razak dan AJK-AJK program.  Dah puas cakap-cakap tu, barulah pasang segala khemah. Masa tu, dah ada yang ter-menjerit kena pacat. Hehe. Adat lah, dalam hutan kan. ;p Kemudian, baru ada sesi makan malam (dah start survival dia, bagi setiap kumpulan bahan-bahan masak, kemudian pepandai dorang camne nak masak lauk tu).


Ber-campfire sampai 3pagi serta di temani dgn Teh O dan biskut kering. 


Sabtu, July 9, 2011


Bangun, bangun, bangunnnnnn!  ;p


Fuhhhhhh, boleh tahan juga nak kejut sorang-sorang. Tambah-tambah dengan keletihan semalam~


Lepas memasing dah kenyang breakfast, pengembaraan bermula! :D Ohh ya, nak bagitau ni. Ada rakaman Kids On 2 masa kitaorang mengembara dalam hutan tu. Alaaa, cerita kanak-kanak kat TV2 tu. Hehe. Ter-menjadi pelakon tambahan. ;p  




mase jngle treking. kiteorang dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan yang sebelum ini jarang kiteorg nampak sebagai contoh, orkid bukit ... selain itu, kiteorg juga perlu bekerjasama untuk meneruskan perjalanan kerana trek nya yang agak mencabar..... perjalanan yang memakan masa selama 3 jam  amat memenatkan... kerana selama berjam tu, kerje kami mendakiiii jerp.. xde jalan rata... (penat sungguh wei... ) sampai kat satu tempat (kat anak sungai), kami diberi buluh untk kami mask telur, nasi n ikan kering (mase nie survival... buluh tu die kasi awl2 lagi sebelum daki bukit lagii.. ).. ade yang dpat makan sepenuhnya n ade yang dapat makan cket jerr sbb, nasi x mask..... (lmbat masak owh gne buluh nie...)(kuali n periok tidak dibenarkan bawak)..... slps selesainyer survival, hujan pon turun.... jadi, kiteorg terpaksa patah balik.... 


Dah puas mengembara dalam hutan, masa untuk enjoyyyy! Merehatkan diri sebentar di Air Terjun. Ehhh, takde lah rehat je, terjun lah sekali. Bukan senang nak jumpa air terjun. ;D Sejukkkkkkkk gila, wa cakap lu! Syiokk!






Bila semua dah mengigil kesejukan, masa untuk pulang ke campsite. ;O


Malam ye pula, sambung sikit lagi pengembaraan dalam hutan. Kita bernight walk. Kali ni ada track tersendiri, kira ye takde lah lasak sangat.Kebetulan, petang tadi hujan, so jalan agak lecak. Hmph, pacat? Memang banyakkkk~ 


The best part masa night walk, kena seberang sungai menggunakan titi. Bukan sebarang titi, tapi titi tu sebenarnya pokok yang sudah tumbang. Woooo, bayangkan kena pijak batang pokok dalam tengah-tengah hutan yang gelap gelita tu? Tapi, atas kerjasama semua orang, memasing tolong suluhkan ke arah titi tersebut. Sekurang-kurangnya ada lah cahaya dari takde kan. 


Sampai je kat campsite, ada sesi BBQ pulak. ;D


Ahad, July 10, 2011


Hahhhh, kali ni lagi susah nak kejut. Sebab hujan~ Lagi lenaaa~ Bertambah pulak tidur dalam khemah di tengah-tengah hutan? Wooooo, sejukk!


Sementara nak tunggu, program seterusnya. Kita main air lagiii! Jom, terjah sungai dan jeram yang ada. :D




Yang lelaki-lelaki excited kemain bermain aktiviti air, kami yang perempuan masak tengahari untuk dorang. Lepas masak terus mandi-mandi dan bersiap untuk pulang. Sekali, zupppp! Hujan lebat mencurah-curah turun ke bumi.


Seriously dah kelam kabut gilaaaaaaaaaa. Terima kasih yang tolong kemas-kemas campsite.Kemudian, perjalanan pulang ke UNITEN. Tepat 8.35pm bas berhenti depan ATM Library UNITEN. Yeayyy! Dah selamat sampai. :D


Thanks kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ni. Terutama kepada ahli-ahli jawatankuasa program yang sangatlah awesomeeeeee! Peserta-peserta program pun awesome juga. :D

01 July 2011

Poster : Nature's Care Day 2011



WILL YOU SURVIVE?
LET'S BURST OUT OUR CAMP-SKILLS YAW!!! ;D