alhamdulillah harini kami warga seramu selesai dengan program kebajikan di rumah anak anak yatim, hulu klang selangor (rumah bakti) dan program kami dinamakan Ziarah Kasih "suai kasih". first of all, kenape diberi nama macam ni? bermakna kami ZIARAH mereka serta SUAI kan KASIH kepada mereka yang memerlukan. hihi. boleh diterima tak?
ok aktiviti kami harini banyak ke arah mendekatkan peserta kepada anak anak yatim di rumah bakti ni. sesi LDK, sesi beramah mesra, dan di akhirnya sesi nyanyi dengan penuh penghayatan dan bersemangat lagu doa perpisahan warga seramu berikan kepada adik adik di rumah bakti. but end up, dorang nyanyi lagi kuat dari kiteorang. huu. abang2 dan kakak2 seramu dah sayu layu nak tinggalkan. dorang pulak back up. ;p
jom layan lagu ni amik feel sket. huhu.
walau apa pun yang berlaku, terima kasih banyak banyak kepada pihak pengurusan rumah bakti sudi bagi kerjasama kepada kami warga Sekretariat Rakan Muda Uniten untuk menjayakan program ini. dan juga kepada semua peserta, you are GREAT! ;D terima kasih kerana sokong SERAMU. together we stand, together we fall~ hee. harap, program ni akan memberi impak kepada setiap peserta dari segi rohani. masih ramai yang memerlukan bantuan dan tidak bernasib baik. jadikan ia sebagai pengajaran dan bersyukur dengan kehiudpan kita sekarang. ;)